Thursday, 8 November 2012




is vitamin C dalam bentuk flavanoid, dicipta untuk menjadikan tubuh lebih aktif, sihat, bertenaga dan menawan.

Kalogen adalah satu nama yang sangat popular yang sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikan. Terdapat banyak keluaran yang menggunakan kalogen sebagai daya tarikan kerana ia telah terbukti berkesan untuk menjadikan kulit pemakainya kelihatan lebih gebu, anjal dan bersinar.

Namun begitu, Refine Beauty “Collagen” telah diformulasikan dengan begitu sempurna berasaskan teknologi Farmaseutikal untuk memberi manafaat yang tidak terhingga kepada tubuh badan pengamalnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Refine Beauty memilih kolagen yang diekstrak dari kulit dan tulang ikan. Dari dasar lautan Atlantic asalnya dan diproses menerusi teknologi yang amat canggih dari negara Perancis, maka terhasillah ‘hydrolyzed fish collagen’ (HFC) yang mempunyai ketulinan yang amat tinggi. HFC inilah yang menjadi komponen utama di dalam formulasi Refine Beauty Collagen.

Bagi manusia dan haiwan, kolagen merupakan salah satu elemen yang wujud dengan banyaknya di merata tubuh dan mempunyai fungsi yang teramat penting di dalam pembentukan tisu-tisu penghubung(connective tissues), struktur tubuh dan organ-organ seperti tulang dan rangka, kulit, ligament, tendon, otot, kuku dan juga rambut.

Sewaktu bayi dilahirkan, komponen tubuhnya mengandungi lebih dari 50% serat-serat kolagen. Organ bayi yang paling jelas dapat dilihat dan dirasai adalah kulitnya yang gebu dan anjal. Namun begitu, proses pembesaran dan aktiviti kehidupan yang seterusnya telah mengakibatkan sedikit demi sedikit kemusnahan kolagen tubuh. Meski pun tubuh manusia sentiasa menjalani proses pembentukan semula kolagen, tetapi kadar kemusnahannya adalah lebih cepat berbanding proses pembentukan semula.

Justeru, ketika usia semakin lanjut beberapa perubahan ketara akan dapat dilihat seperti pada kulit yang menjadi lebih kering dan kusam, kehadiran bintik-bintik pada kulit, otot-otot, tendon dan ligament semakin kendur, tulang semakin rapuh dan pergerakan sendi-sendi yang tidak lancar dan radang menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Refine Beauty dengan kepekatan kolagen yang tinggi ini adalah pilihan yang terbaik untuk mengembalikan semula keutuhan dan ketegaran tisu-tisu tubuh yang telah menempuhi fasa penuaan


No comments:

Post a Comment